Tuesday, April 3, 2012

Pembuka Bicara

Assalamualaikum, saya bangga jadi orang islam,



Salam perkenalan yang ringkas dari saya. Saya merupakan seorang advisor takaful di bawah naungan syarikat ETIQA TAKAFUL dan bekerja di bawah sebuah agensi iaitu AGENSI AMIROZ di Klang. Memandangkan zaman IT sudah makin berkembang, jadi saya menggunakan medium ini untuk kebaikan kita bersama. Di pembuka bicara ini ingin saya nyatakan bahawa blog ini adalah bertujuan untuk:


1. Membantu mereka yang memerlukan simpanan dan perlindungan pada masa hadapan mereka.


Jika anda sedang mencari atau berfikir untuk menyediakan satu pelan kewangan bagi DIRI SENDIRI, ISTERI, PENDIDIKAN ANAK-ANAK, dan lain-lain, di sinilah tempatnya! maklumat lanjut sila hubungi saya. Saya akan cuba berikan pelan yang terbaik daripada syarikat ETIQA.

2. Membuka minda rakyat Malaysia betapa pentingnya perlindungan takaful sebelum berlaku kemalangan/musibah.


Ramai di kalangan anda yang sedang selesa dengan kehidupan dimiliki sekarang, tetapi sedarkah anda bahawa musibah atau kemalangan berlaku umpama 'Malang tidak berbau' ?? jadi apa yang akan berlaku kepada keselesaan anda sekarang ??

Ok, saya berikan satu situasi :

Anda seorang peniaga Restoran yang berjaya dan popular, tiba saat perancangan pelanggan untuk makan, mereka akan fikirkan Restoran anda. Untung melambung2, Tidak disangka berlaku sedikit kesilapan daripada pekerja anda menyebabkan Restoran terbakar,hangus, apa pun tadak, Lebih malang lagi, duit anda semuanya disimpan di dalam restoran itu. Lalu apa lagi yang tinggal pada anda ??

situasi kedua :

Anda bekerja sebagai penjual produk kesihatan. Cukup bulan simpan di bank RM 200, setahun anda ada RM 2,400 , tak semena-mena doktor sahkan bahawa anda menghidap penyakit JANTUNG. Doktor minta RM 50,000 untuk kos rawatan. ANDA cuma ada berapa ?? Mana nak cekau duit yang selebihnya? pernahkah anda terfikir semua itu ??

ada banyak lagi situasi yang boleh saya berikan. tapi saya akan berikan di entri yang lain okay ?

3. Memberi peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan gaji tanpa had


Saya gunakan medium ini juga untuk membantu mereka yang memerlukan pekerjaan, ataupun yang masih sedang mencari pekerjaan yang terbaik bagi JIWA mereka. kerja yang bermatlamatkan perjuangan muamalat islam. Syarat kelayakan amatlah SIMPLE:

  • Bermotivasi dan Berwawasan
  • SPM / STPM / IJAZAH

4. Berkongsi ilmu dan mencari pengalaman

Di sini juga saya dapat berkongsi ilmu dengan anda semua, sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau pendapat boleh sama-sama kita bincangkan dengan aman. Mudah-mudahan anda mendapat sedikit manfaat daripada hasil penulisan saya ini. Selain itu juga saya ingin belajar meningkatkan kemahiran dari segi teknologi terkini ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mahu lihat borang sebut harga?

  • (boleh pilih lebih daripada satu)

Powered byEMF HTML Form
Report Abuse