Assalamualaikum
Berkaitan dengan tajuk entri saya ingin membongkar sedikit mengenai pengurusan kehidupan orang cina yang sepatutnya kita orang melayu contohi dan ini bukannya bersifat perkauman.
Mari kita lihat perbezaan dari segi simpanan mereka dan orang Melayu kita :
Cina = Dah dapat GAJI.. Simpanan dahulu, baru Perbelanjaan
Melayu = Dah dapat GAJI.. Perbelanjaan dahulu, baru Simpanan
Benar atau tidak? anda nilai sendiri..
Jika kita lihat sekeliling kita, berapa ramai orang Cina di Malaysia yang menjalankan perniagaan sendiri? Berapa banyak bengkel2 kereta/motor daripada orang Cina? Berapa banyak restoran2 besar milik orang Cina? dan... berapa banyak pula perniagaan sendiri yang dijalankan oleh orang Melayu? nampak perbezaannya bukan?
Pandainya orang Cina..
Mereka sedar akan kelebihan di insurans/takaful.. maka mereka buat perancangan keluarga dengan menyimpan di Insurans/Takaful untuk anak-anak mereka sejak kecil lagi. Bayi yang baru lahir terus disediakan satu polisi untuknya agar mendapat sejumlah wang yang agak tinggi setelah tamat belajar.
Sekiranya anak mahu menyambung pelajaran atau mahu berniaga sendiri.. mereka telah disediakan RM 50,000 ke atas bagi tujuan tersebut setelah tamat tempoh polisi.
Sekiranya berlaku kematian/hilang upaya, wang pampasan mereka amatlah tinggi dan waris boleh menjalankan perniagaan sendiri atau melabur saham.
Nasib mereka sudah terbela sejak awal lagi..
Pandainya orang Melayu..
Amatlah sukar bagi mereka ini yang tidak memahami konsep insurans/takaful. dan lebih teruk lagi, mereka tidak mahu memahami.. Rata-rata yang mengambil polisi adalah mengikut bajet yang paling minimum. Jadi, perlindungan teramatlah kecil.
Anda bekerja keras siang malam semata-mata untuk kesenangan keluarga. Ditakdirkan tiada lagi di dunia. apakah yang akan terjadi kepada keluarga anda selepas itu? Ada apa apa modal tak untuk isteri dan anak2 berniaga sekiranya berlaku situasi seperti ini? ini yang Cina sedang lakukan..
Dan selepas hilang sumber pencarian rezeki, maka terpaksalah si isteri merayu di merata tempat meminta bantuan. Benar atau tidak, Pasti anda pernah membaca di surat khabar menggambarkan seorang isteri yang menderita bekerja untuk meneruskan kehidupan setelah suaminya meninggal atau jatuh sakit. dan rata-ratanya dari orang Melayu kita..
Sikap yang sombong dan tidak berfikir jauh menyebabkan orang Melayu sendiri yang jatuh. Dengan hanya mengharapkan bantuan kerajaan yang hanya membantu dalam jangka masa yang pendek. Sudah pastinya kita akan jauh ketinggalan. Ayuh berubah..
" Semasa anda berada di Syurga, Janganlah tinggalkan keluarga anda di Neraka. Tinggalkan perlindungan takaful yang secukupnya untuk mereka "
https://www.google.com.my/
https://www.google.com.my/



No comments:
Post a Comment